Singgahan Perjalanan

Klik Churp-churp / Says

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2011

Salam sejahtera buat semua.
Seperti yang dijangkakan sebelum ini, semakan bagi keputusan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 bagi sesi 2011 telah boleh dibuat secara dalam talian.
Semakan keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 4 telah boleh dibuat mulai hari ini, 18 Januari 2011.

Semakan Keputusan Permohonan ke SBP Tingkatan 4

Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SBP tahun 2011 boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor MyKad pemohon.
Pautan untuk membuat semakan keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP sesi 2011 adalah di Aplikasi Semakan Dalam Talian Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2011.

e-Rayuan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan secara dalam talian.
Pautan untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2011.
Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
Keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 4 ini biasanya akan diumumkan pada minggu terakhir bulan Februari.

Kemasukan Pelajar Baru ke SBP Tingkatan 4

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 SBP ini perlu membuat pendaftaran di sekolah yang berkenaan pada 7 Februari 2011.

Maklumat Tambahan dan Rujukan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my.

*kredit kepada beliamuda.
p/s: selamat masuk ke alam SBP :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...